Description
Supermath Junior
BUKU LATIHAN MATEMATIK UNTUK PELAJAR TAHUN 4, 5 & 6
Supermath Junior direka khusus untuk membantu pelajar sekolah rendah menguasai asas operasi tambah dan tolak secara sistematik. Buku ini menyusun latihan secara berperingkat bagi memastikan pemahaman yang kukuh dalam matematik asas.
Dengan pendekatan latihan yang menyeronokkan dan mudah difahami, Supermath Junior sesuai digunakan untuk latihan harian, ulang kaji dan persediaan menghadapi peperiksaan.
Melalui buku ini, pelajar akan dapat meningkatkan keyakinan serta membina kemahiran asas matematik dengan lebih berkesan dan tanpa tekanan.
Ciri-ciri Istimewa Buku Ini:
1. Reka bentuk latihan yang tersusun untuk membantu pelajar memahami konsep matematik secara berperingkat.
2. Aktiviti yang menyeronokkan dan mudah difahami, sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
3. Memberi fokus kepada peningkatan keyakinan dan penguasaan kemahiran asas matematik.
4.Sesuai untuk latihan harian, ulang kaji berkala dan persediaan peperiksaan.
Kandungan Utama Buku:
Topik Operasi Tambah dan Tolak, merangkumi:
- Nombor 1 digit (Single-digit)
- Nombor 2 digit (Double-digit)
- Nombor 3 digit (Triple-digit)
Manfaat Supermath Junior:
- Membimbing pelajar menyelesaikan operasi tambah dan tolak secara sistematik.
- Membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan nombor besar dengan lebih yakin dan pantas.
- Membentuk asas kukuh dalam matematik sejak awal.